Beruang dikurung sejak kecil & dipaksa melakukan persembahan di sarkas akhirnya akan dilepaskan ke habitatnya



Seekor beruang yang banyak menghabiskan masa hidup dalam sangkar dan dipaksa melakukan persembahan sarkas akhirnya akan dilepaskan untuk kembali ke habitatnya dan bertemu dengan beruang lain setelah ia diselamatkan. 


Jambolina, 11, diselamatkan oleh organisasi hak haiwan, Four Paws, setelah dikurung dalam sangkar kecil di sebuah garaj di Ukraine, setelah 11 tahun tidak tidak melakukan sebarang persembahan. 


Beruang itu dilaporkan akan dihantar ke tanah rizah Arosa Bear Land di Switzerland. Walaupun Four Paws memiliki pusat perlindungan di Uktraine, namun pusat itu telah memiliki 22 ekor beruang dan organisasi itu terpaksa menghubungi pihak Swiss untuk meminta bantuan penempatan bagi Jambolina. 


Difahamkan, Jambolina telah digunakan sebagai beruang sarkas sejak dia dibeli oleh pemiliknya, hanya beberapa minggu setelah dilahirkan pada Januari 2009 di Zoo Yalta di Crimea. 


Namun disebabkan pandemik Covid-19 yang bermula sejak Mac 2020, banyak persembahan terpaksa dibatalkan menyebabkan pemiliknya mengalami kerugian dan tidak lagi mampu menjaganya. 


Pemiliknya berkata, dia terpaksa menempatkan Jambolina di sangkar kecil sejak bermulanya pandemik itu di mana beruang itu sukar untuk bergerak dan mengalami kebosanan yang melampau. Kasihan melihat keadaannya itu, dia menghubungi Four Paws untuk membantu melepaskan dan memberi kehidupan yang lebih baik kepada Jambolina. 



Walau bagaimanapun, Four Paws perlu memeriksa dan merawat Jambolina yang mengalami masalah kesihatan sebelum dihantar ke 'rumah barunya' di Switzerland. 


Sumber: Daily Mail


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.