(Video) 'Dia tunjuk pisau, terus tarik handphone saya' - Tak sempat nikmat hasil ragut, suspek jatuh longkang + patah kaki



Seorang wanita yang sedang berjalan kaki menuju ke destinasinya diragut penunggang motosikal. 

Namun, perbuatannya itu mengundang padah apabila suspek hilang kawalan lalu terjatuh ke longkang yang menyebabkan kakinya patah. 

Menurut Ustaz Hanafi yang berkongsi video dan gambar di Facebook berkata, kejadian itu berlaku di Sri Gombak. 

Berdasarkan video, mangsa mendakwa suspek menunjukkan pisau kepadanya sebelum meragut telefon bimbit miliknya. 


"Dia tunjuk pisau, terus dia tarik handphone saya, beg saya. Ya Allah, Alhamdulillah, nasib baik selamat," kata mangsa yang kelihatan trauma dengan kejadian itu. 

Jelas mangsa lagi, suspek terdahulu berpura-pura bertanyakan arah jalan darinya. 

Namun, suspek menafikan dakwaan mangsa dan mengatakan mangsa secara tiba-tiba melarikan diri. 

Perakam: "Kalau tidak, macam mana beg dia ada dekat kau?" 

Suspek: "Tak tahu la bang, dia tiba-tiba lari la bang. Saya bukan mau curi, saya minta handphone saja." 


Orang awam kemudian menghubungi ambulans dan polis untuk datang ke tempat kejadian.

Orang ramai khususnya golongan wanita dinasihatkan berhati-hati dan tidak berjalan seorang diri serta elakkan diri dari didekati oleh mana-mana individu yang tidak dikenali. 

Sumber: Ustaz Hanafi

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.