(Video) 'Bocor' kepala remaja dihempap tiang pagar yang dibina tak ikut spec



Seorang remaja lelaki cedera di kepala dan tangan kanannya dipercayai dihempap tiang pagar rumah yang dibina tidak mengikut speksifikasi ditetapkan. 

Menurut beberapa sumber Aizad (FB) dan @imjayrahman (Twitter) berkata, kejadian itu berlaku di perumahan baru yang terletak di Rawang, Selangor baru-baru ini. 

"Rasa sesiapa ada beli rumah di situ, bergoyang sikit kan tiang-tiang (pagar) tu.

"Ada orang minta saya delete post ini? Berdosakah saya beri peringatan kepada orang? Kalau kena pada anak kau, macam mana?

"Semoga adik ini tabah dan diberi kesembuhan," kata Aizad. 






Tidak diketahui keadaan terkini mangsa, tetapi netizen meluahkan rasa kesal terhadap pemaju yang tidak membuat semakan keselamatan secara menyeluruh sebelum menyerahkan kunci kepada pembelinya. 


Justeru, netizen menggesa pihak mangsa mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang atau lebih teruk lagi jika ia melibatkan kematian.

Orang ramai yang ingin membeli rumah adalah dinasihatkan untuk membuat semakan secara terperinci melalui laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, selain itu belajar tentang selok belok pemeriksaan kualiti rumah sebelum bersetuju menerima kunci dari pemaju. 

Semoga kedua-dua pihak dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan cara baik. 

Sumber: Aizad, @iamjayrahman

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.