'Otak & paru-paru dia dah tak elok' - Budak 4 tahun lemas di kolam, keadaannya kritikal



Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dilaporkan lemas di sebuah kolam renang di Perumahan Kepala Batas, Seberang Perai Utara, kelmarin. 

Mangsa yang diselamatkan oleh orang awam kemudian diserahkan kepada pasukan kecemasan dan dikejarkan ke hospital dengan ambulans. 

Menurut kakak mangsa, Nur Hidayah, adiknya masih belum sedarkan diri dan diberikan ubat tidur. 

"Adik masih tak sedar lagi. Doktor bagi ubat tidur 24 jam sebab otak dan paru-paru dia dah tak elok.

"Doktor tak berani bagi apa-apa harapan," katanya. 

Menurutnya lagi, mereka menyedari kehilangan mangsa tetapi hanya berjaya menemui mangsa di dasar kolam selepas tiga kali mencari di kawasan itu. 

"Tiga round baru orang jumpa dia dalam pool. Dia jatuh tenggelam tak timbul," katanya. 




Ramai netizen yang mendoakan agar mangsa diberikan kesembuhan.

Justeru, ibu bapa dinasihatkan sentiasa mengawasi anak masing-masing sekiranya membawa mereka bermandi-mandi di kolam renang, sungai ataupun laut. Jangan sesekali terlepas pandang dan leka dengan telefon bimbit atau anda akan menyesal selama-lamanya. 

Sumber: Penang Kini

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.