Curang, suami bunuh & potong alat sulit teman lelaki isterinya sebelum dicampak dalam api



Lelaki yang disyaki membunuh seorang anggota polis di Kalasin, Thailand, telah ditahan pada 4 Februari selepas berjaya dikesan melalui video rakaman kamera litar tertutup (CCTV). 

Polis mendakwa, suspek yang dikenali sebagai Amornlak Jitkoh, 45, telah merancang melakukan pembunuhan itu. 


Suspek dituduh membakar kereta mangsa, Chamrat, bagi mengumpannya datang ke lokasi kejadian sementara suspek bersembunyi di kawasan berdekatan. 

Di peluang yang ada, suspek terus keluar dan menikam mangsa sehingga tidak sedarkan diri. Amornlak juga memotong alat sulit mangsa dan dicampak ke dalam api. 

Suspek juga sempat meminta mangsa memberitahu isterinya yang dia bernasib baik dapat melepaskan diri darinya. Selain berharap isterinya dapat menjaga anak mereka dengan baik. 

Menurut keterangan dari jiran, suspek mungkin berasa cemburu selepas mengetahui isterinya mempunyai hubungan sulit dengan mangsa. 




Pada 2 Februari 2020, polis menemui mayat mangsa berusia 57 tahun yang merupakan anggota dari Balai Polis Rongkham di Kalasin, dengan beberapa kesan kecederaan termasuk luka dikelar di leher, tengkorak retak, 10 kesan tikaman di abdomen dan alat sulitnya dipotong dalam kejadian yang berlaku di rumah mangsa. 

Sementara itu anak mangsa berkata, bapanya sebelum ini banyak menghabiskan masa dengan isteri suspek di rumah lain. Wanita itu memberitahu bapanya yang dia sudah bercerai. Namun setelah mangsa mendapati wanita itu belum bercerai, dia memutuskan hubungan mereka. 

Anak mangsa percaya, wanita itu nekad mahu kembali bersama dengan bapanya membuatkan suspek bengang dan mungkin disebabkan itu suspek bertindak membunuh bapanya. 

Sumber: Asia One

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.