Anak terbalikkan meja & baling helmet pada ibu sebab tak bagi duit beli dadah



Seorang lelaki berusia 25 tahun tergamak membaling topi keledar pada ibunya sendiri kerana bengang tidak diberikan wang selepas dipinta. 

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Setol, Tasek Gelugor, Butterworh kelmarin, mangsa dan cucunya berusia lapan tahun berada di rumah, manakala suaminya keluar. 

Suspek kemudian datang meminta wang daripada mangsa yang dipercayai untuk membeli dadah.

Keengganan mangsa memberinya wang menyebabkan suspek berang. Suspek mengamuk dengan menterbalikkan meja makan, membaling topi keledar, serta mengugut mahu memukul mangsa jika tidak diberikan wang.

Mangsa yang ketakutan kemudian melarikan diri bersama cucunya ke rumah jiran untuk berlindung. Mangsa memaklumkan kejadian itu kepada suaminya dan terus membuat laporan polis pada jam 2.30 petang. 

Menurut bapa suspek, itu bukan kali pertama anaknya berbuat demikian dan kali ini sudah semakin melampau. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor mengesahkan menerima laporan tersebut dan pihaknya telah berjaya menahan suspek. 

Polis turut merampas topi keledar yang digunakan suspek ketika kejadian. Ujian saringan air kencing terhadap suspek juga mendapati lelaki itu positif dadah jenis 'MOP. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.