'Nyawa perlu diganti nyawa' - Suami mangsa ragut berharap suspek dikenakan hukuman mati



Suspek yang meragut seorang wanita sehingga mengalami patah leher dan meninggal dunia semalam, telah ditahan dan akan didakwa di mahkamah, Khamis ini. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek berusia 30 tahun itu susulan majikannya membuat laporan polis selepas dimaklumkan oleh orang awam yang melihat kejadian itu pada jam 9.30 pagi, 23 November 2019. 

Siasatan mendapati, suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau.

Dalam kejadian ragut itu, mangsa kehilangan telefon bimbit, cincin perkahwinan, kad pengenalan dan kad bank serta wang tunai RM450. Mangsa juga sempat memberitahu tempat kerjanya kepada orang awam yang menyelamatkannya selain meminta menghubungi keluarganya.

Keadaan mangsa semakin merosot pada 4 Januari lalu dan koma sehingga meninggal dunia.  

Ekoran kematian mangsa, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Sementara itu, suami mangsa, Muhamad Ridzuan Tan, 48, dan keluarganya juga berharap suspek juga menerima balasan kematian. 

"Nyawa perlu diganti nyawa. Tapi kita ada undang-undang walaupun apa yang saya terima, pelaku sepatutnya terima juga. 

"Disebabkan itu, kami sekeluarga amat berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan telus dan menjatuhkan hukuman setimpal dengan apa yang sudah dilakukannya kepada kami," katanya.

Sumber: Harian Metro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.