'DAP keluar dari kerajaan jika Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) tidak diiktiraf' - Nga



Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming menegaskan DAP tidak akan teragak-agak keluar dari Kerajaan Pakatan Harapan (PH) jika Putrajaya enggan mengiktirafkan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). 

"Kita malah capai kesepakatan bahawa DAP tidak akan teragak-agak kelaur dari kerajaan jika UEC tidak diiktiraf," katanya. 

Memetik dari laporan MalaysiaKini, DAP katanya tidak kisah jika mereka tiada lagi dalam gabungan parti pemerintah kerana itu adalah prinsip yang mereka pegang. 

PH terutamanya DAP dihentam masyarakat dan parti Cina kerana lambat memastikan kerajaan mengiktirafkan UEC seperti yang terkandung dalam manifesto PH 2018. 

Selain itu, Nga juga mengaku dia kecewa kerana masyarakat awam tidak menghargai kejayaan DAP dan PH.

"Kita selesaikan 70 peratus tugas, tetapi orang cuma lihat 30 peratus yang tak siap," katanya yang juga mengakui kejayaan itu tidak diuar-uarkan secara lebih berkesan. 

Sementara itu di media sosial, netizen memberi pelbagai reaksi. 





Sumber: MalaysiaKini

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.