Budak tergelincir & terjatuh dalam bilik mandi, badan tertusuk batang toilet brush



Seorang kanak-kanak lelaki di China nyaris maut selepas secara tidak sengaja terjatuh dalam bilik mandi dan badannya tertusuk batang berus pencuci tandas. 

Mangsa berusia 12 tahun itu berjaya diselamatkan selepas pasukan perubatan berjaya mengeluarkan batang itu dari badannya yang juga telah merosakkan bahagian rektumnya. 

Difahamkan mangsa sebelum itu sedang mandi dan secara tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh menimpa beberapa peralatan mencuci.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital oleh ibu bapanya pada malam 22 Disember 2020.

Seramai 10 pegawai perubatan bekerjasama menyelamatkan mangsa dan mengeluarkan batang plastik itu dalam pembedahan yang mengambil masa lebih dari 4 jam itu. 

Mangsa kemudian ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan

Beberapa hari kemudian, kanak-kanak itu dibenarkan pulang selepas doktor mengesahkan keadaannya sudah stabil. Walaupun begitu, mangsa masih perlu menjalani rawatan susulan terutama pada bahagian rektumnya agar dapat dikembalikan kepada normal. 

Sumber: Daily Mail

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.