(Video) 'Kepala anggota bomba ditendangnya' - Bangla mental buat hal, panjat papan tanda nak bunuh diri



Seorang lelaki warga asing menggemparkan warga kota apabila dia memanjat tiang papan tanda jalan untuk membunuh diri. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.15 tengah hari hari ini di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, suspek yang berasal dari Bangladesh itu dipercayai mengalami masalah mental. 

Pihak bomba menerima panggilan dari orang awam kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamatkannya tetapi perkara yang tidak diingini pula berlaku di mana anggota bomba ditendang di bahagian kepala. 

"Lelaki itu meracau dalam bahasa yang tidak difahami, kemungkinan bahasa asal negaranya. Bomba terpaksa memujuknya hampir satu jam sebelum dia diselamatkan serta dibawa turun," kata Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, Isyarurin Ishak. 

Lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. 





Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.