'..untuk menjadikan pelajar lebih memahami maksud lagu kebangsaan' - Sumber dedah alasan pihak SJKC



Susulan viral video sekumpulan pelajar di dalam sebuah kelas menyanyikan lagu kebangsaan dalam bahasa mandarin, tampil seorang individu yang mendedahkan video itu dirakam pada tahun lalu. 

Menurut Khairul Azri, video itu dirakam pada 26 September 2018 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ma Hwa Kampung Baru Rasah, Seremban. 

"...dengan alasan untuk menjadikan pelajar lebih memahami maksud lagu kebangsaan Malaysia," katanya.


Walaupun begitu, netizen tetap tidak dapat menerima alasan yang dianggap tidak munasabah itu kerana mengambil contoh negara jiran iaitu Singapura yang sehingga kini masih menetapkan lagu kebangsaan mereka dalam Bahasa Melayu. 



Klip video itu mula viral di media sosial sejak semalam, mengundang pelbagai reaksi netizen yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap sekolah terbabit yang dianggap tidak wajar dan tidak menghormati lagu kebangsaan. 

LAPORAN BERKAITAN

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.