Tak wajar MOTAC terlibat dalam majlis anjuran syarikat tembakau - PHM



Selepas dituntut memberi penjelasan mengenai isu beberapa individu berbogel dalam Malaysia Tattoo Expo, kini Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) perlu didakwa menyokong program yang dianjurkan oleh syarikat tembakau.

Menurut laman Facebook Public Health Malaysia, pengelibatan MOTAC dalam majlis anjuran syarikat tembakau itu adalah tidak wajar dan bertentangan dengan perjanjian WHO Framework Convention on Tabacco Control yang ditandatangani Kerajaan Malaysia. 

Baca pendedahan dari Public Health Malaysia:

MOTAC HENTI BERI SOKONGAN KEPADA MAJLIS TAJAAN SYARIKAT ROKOK

Selepas Oktoberfeast, Vapefeast dan kini kita dikejutkan dengan penganjuran expo tattoo yang jelas menunjukkan percanggahan dengan sosio budaya masyarakat setempat di Malaysia.

Untuk makluman, penganjuran majlis yang mendapat kecaman masyarakat ini sebenarnya dianjurkan oleh produk syarikat tembakau yang berperanan sebagai Title Sponsor bagi expo ini.

Dalam kenyataan terkini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) memaklumkan adalah satu yang mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen-elemen lucah namun adakah pihak kementerian juga tidak tahu bahawa penganjur expo berkenaan merupakan produk syarikat rokok?


PENGLIBATAN MOTAC BERTENTANGAN DENGAN ARTIKEL 5.3 FCTC

Malaysia telah menandatangani perjanjian WHO Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) iaitu suatu komitmen kerajaan untuk menghentikan isu ketagihan tembakau diperingkat global. Salah satu komponen perjanjian tersebut (artikel 5.3) menyebut mengenai perlindungan polisi kesihatan awam dengan menghentikan segala bentuk kerjasama dengan syarikat tembakau.

Penglibatan MOTAC dalam majlis anjuran syarikat tembakau tidak sewajarnya berlaku dan alasan untuk menarik pelancong asing tidak sepatutnya mendahului kepentingan polisi kesihatan masyarakat

Malaysia begitu kaya dengan khazanah alam, kepelbagaian budaya masyarakat berbilang kaum dan pelbagai lagi tarikan hebat yang boleh menjemput pelancong untuk datang ke Malaysia. Jangan jadikan aktiviti-aktiviti negatif yang bertentangan dengan tatasusila masyarakat setempat sebagai alasan untuk menarik pelancong.


LAPORAN BERKAITAN

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.