Tak mampu bayar, lelaki tikam pelacur dengan gunting



Kebiasaannya manusia akan menahan dirinya dari membeli sesuatu yang diinginikan ketika tidak memiliki wang. Tetapi ada juga yang sanggup mencuri atau menipu semata-mata mahu mendapatkannya kerana telah dibutakan oleh keinginan sehingga gagal menilai baik buruk tindakan itu. 

Dalam satu kes yang berlaku baru-baru ini, seorang lelaki tergamak menikam seorang remaja perempuan (pelacur) hanya kerana tidak mampu membayarnya selepas melakukan hubungan intim. 

Suspek, Prayoga, 21, nekad menikam mangsa yang berusia 16 tahun di sebuah hotel di Denpasar Barat, Bali, Indonesia, pada Selasa 3 Disember lalu sekitar jam 4 petang. 

Difahamkan, mereka berkenalan melalui media sosial dan bersepakat untuk berjumpa dan melakukan hubungan intim di sebuah hotel.

Selesai melampias nafsu, mangsa meminta suspek membayarnya sebanyak 600,000 rupiah (RM178). Tetapi suspek hanya mempunyai 200,000 rupiah (RM60) sebelum menikam mangsa dengan menggunakan gunting. 

Setelah ditikam, mangsa menjerit meminta tolong yang mengundang kedatangan kakitangan hotel untuk membantu. 

Suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Denpasar Barat untuk tindakan lanjut. 

Mangsa mengalami kecederaan di lengan, leher dan perut. 

Suspek kini disiasat dan akan didakwa di mahkamah atas pertuduhan mencederakan mangsa dengan niat. Suspek juga berdepan dengan hukuman penjara lima tahun.

Sumber: Sosok

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.