'Saya cuma nak ajak dia kembali ke pangkal jalan' - Lelaki ditangkap berkhalwat dengan tomboi di hotel bajet



Seorang lelaki dan wanita berperwatakan seperti lelaki (tomboi) ditangkap khalwat oleh sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) selepas menerima maklumat dari orang awam. 

Dalam serbuan yang dilakukan pada jam 12.55 tengah malam tadi di sebuah hotel bajet di Mergong, Alor Setar, lelaki berusia 25 tahun itu memberikan alasan yang dia menyewa bilik itu untuk berbincang dan mengajak wanita itu kembali ke pangkal jalan. 

Wanita berusia 23 tahun itu pula berkata, dia disisih keluarga dan menyewa di situ. 

Difahamkan, pasangan iu merupakan penduduk Mergong dan rumah keluarga mereka juga tidak jauh dari kawasan hotel tersebut. 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Syariah dan Undang-Undang JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya menerima maklumat dan terus bergegas ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan sebelum mendapati pasangan bukan mahram itu di dalam bilik hotel tanpa sebarang dokumen yang menunjukkan suami isteri atau mahram. 

Pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke Balai Polis Kota Setar sebelum dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kota Setar. 

Mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan keluarga dan akan dibicarakan di mahkamah. Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Sumber: Harian Metro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.