Petani rugi RM177K gara-gara jiran tak guna sebar rumor kononnya dia beri lobak percuma



Niat tiga petani di China ini hanya mahu bersedekah hasil tanaman lobak kepada jiran mereka, tetapi tidak menyangka tindakan itu menyebabkan mereka mengalami kerugian lebih dari 300,000 yuan (RM177,000). 

Selepas sejam mereka memberi hasil tanaman it kepada jiran, beribu-ribu orang yang tidak dikenali datang memenuhi ladang mereka di Diaowei, Hubei dan mengambil 500 tan lobak putih. 

Xu Jiuge, salah seorang petani berkenaan binggung bagaimana perkara itu boleh berlaku. 

"Ada orang kampung beritahu, lobak yang kami tanam rasa sedap bila dicampur dalam masakan sup dan bertanya boleh tak nak minta sikit. 

"Mereka jiran kami dan rasanya tak ada masalah pun. Jadi kami pun memberi keizinan untuk mereka ambil sedikit. Tetapi saya tak tahu bagaimana keizinan itu tiba-tiba bertukar menjadi rumor kononnya semua lobak itu adalah percuma," katanya. 

Pada keesokan hari, Xu mendapati ladang tanamannya dipenuhi orang dan banyak kereta, van, motosikal dan sebagainya berhenti di tepi ladangnya. 

"Kebanyakan diorang datang pada Selasa lau dari jam 7 pagi hingga 10 malam. Ladang penuh dengan manusia dan saya anggarkan ada 3,000 orang pada hari itu. Ada di antara mereka yang sanggup datang dari jauh, sejauh 120 kilometer," katanya. 

Xua terpaksa menghubungi polis untuk meminta bantuan tetapi disebabkan jumlah 'kaki rembat' terlalu ramai, mereka tidak dapat berbuat apa-apa. 

Malah, ada yang membuat siaran langsung ke media sosial sambil memegang lobak itu dan meminta orang ramai menyertai mereka datang ke ladang tersebut. 

Xu dan rakan-rakannya berasa kecewa dan hampa kerana tiada apa-apa yang mereka dapat lakukan untuk menghentikan golongan 'kaki rembat' itu dan redha, selain menganggap apa yang berlaku sebagai sedekah dan tidak akan menuntut ganti rugi. 


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.