Penghisap vape masuk hospital kerana alami sesak nafas, demam & sakit dada



Thailand - Seorang lelaki berusia 48 tahun dimasukkan ke hospital swasta kerana mengalami masalah pernafasan yang dipercayai berpunca dari rokok elektronik atau vape. 

Lelaki itu memberitahu doktor bahawa, dia mula menghisap vape dengan flavour ganja sejak 3 November lalu dan baru-baru ini mengalami masalah sukar bernafas, letih, demam dan sakit di bahagian dada.

Pada 15 November, dia dimasukkan ke hospital itu sebelum dirujuk ke hospital swasta lain pada 18 November selepas ujian makmal mengesahkan paru-parunya tidak mengalami jangkitan tetapi simptom yang dialaminya itu konsisten dengan penyakit pneumonia yang disebabkan oleh vape, menurut kriteria yang telah ditetapkan oleh US Centres for Disease Control and Prevention. 

Pesakit itu telah dirawat dengan terapi steroid dan kini telah dibenarkan pulang ke rumah.

Difahamkan, kes itu merupakan kes pertama yang berlaku di Thailand. 

Sumber: AsiaOne

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.