'Kami tak dengki pun ampa nak jual produk, tapi jangan overclaim' - Doktor sekolahkan Neelofa konon Melayu cuba jatuhkan perniagaannya



Neelofa, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan sahaja terkenal di dalam bidang pengacaraan dan lakonan, malahan beliau juga menjadi inspirasi ramai dengan kejayaan beliau dalam perniagaan.

Baru-baru ini Neelofa telah memperkenalkan satu produk minuman yang diberi nama susu pisang Nilofa. Produk minuman tersebut telah menarik ramai pembeli. Walaubagaimanapun, produk minuman ini menjadi tular apabila Dr Amalina Che Bakri melalui ciapan di Twitter menegur risalah yang dikeluarkan mengenai kebaikan susu pisang tersebut mengelirukan pengguna.

Apabila isu ini mula diperkatakan, Neelofa turut memberi maklum balas mengenai isu tersebut. Pihaknya juga akan mengambil langkah berhati-hati sebelum membuat perkongsian di media sosial dan akan memperkemaskan lagi bungkusan susu pisang itu selepas diperiksa  KKM.

Neelofa juga melalui instastory telah meluahkan rasa kesalnya dengan sikap sesetengah Melayu yang cuba menjatuhkan perniagaan orang lain dari bangsa yang sama. 


Kenyataan dari Neelofa itu telah mengundang kemarahan netizen dan telah menarik perhatian beberapa orang pegawai perubatan. Melalui surat terbuka Dr. Syazween, ujarnya bukan mudah untuk menghasilkan ubat yang berkesan kepada pesakit, malah perlu melalui banyak kajian dan prosedur. 


FIRST time I'm writing an open letter. But I guess with great power comes great responsibility, right guys? I'm a responsible doctor, so here goes.

Bismillah. To Hajjah Neelofa dan abang kakak yang jual produk kesihatan. Kami pegawai kesihatan ni, doktor ke, misi ke, MA ke, pharmacist ke, kami takde nak dengki pun ampa semua nak jual produk. Ampa semua nak berjaya ke nak kaya ke, nak pakai beg Birkin ke, nak ada sejuta follower dekat insta ke, ada lah. Kami tak dengki pun. Ye sumpah 150% takde secubit dengki pun. Teringin pun tak. 

Cuma kami dengkilah kalau produk yang awak jual tu takut boleh bagi penyakit dekat orang awam. Sebab orang awam ni kami sayang. Diorang ni makcik pakcik kawan nenek atok jiran kami. Kami dengkilah sebab kami kalau nak bagi ubat dekat orang, kami punyalah kena lalui banyak proses. Beruban pala ghedot muka kami nak bagi ubat dekat orang. 

Meh kami cerita camna dekat Hajjah dengan abang kakak camna nak bagi ubat dekat orang ok. Bagi uolls paham sikit noh. 

Ok camni, kalau kami rasa ubat tu ada potensi untuk rawat sesuatu, maka mulalah kami buat kajian. Kajian ye, bukan testimoni. Testimoni tu serendah-rendah bukti. Tutup mata je kalau dalam dunia perubatan nih. 

Kajian ni kena lalui fasa dengan fasa dengan fasa. Mula-mula dengan haiwan. Pastu haiwan ok, baru pi dekat manusia. Nak pi dekat manusia tu Hajjah Neelofa dan abang kakak, ya Allah bukan senang. Naik turun ethics committee pun dah beruban. Boleh berkicap nak boleh dapat approval. Bukan senang hajjah oiiiii. Ni saya baru dapat ethics approval untuk thesis saya ni pun rasa macam nak sujud la la tu jugak! Pastu dah approve tu, pi pulak phase 1 2 3. Satu satu phase tu bertahun kak. Sakit perut cirit muntah pengsan bangun pengsan balik pun tak siap-siap lagi clinical trial tu kak. Haa dari hajjah jadi kak dah. Maaf hajjah. Sis tersasul.

Pastu ubat tu habis trial. Fuh alhamdulillah. Walaupun muka muka pengkaji dah berkedut sebab nak habis kajian, tapi takpelah habis jugak. Ehh tak habis lagi kak. Tak boleh pi terus jual dekat orang dekat kampung lagi. Kena buat kajian statistik pulak. Oh ni paling saspen. Saspenda macam kawan saya cakap. Buat punya buat kajian statistik, tengok tengok takda keberkesanan ubat tu. Menangis kak menangis. Kuaq air mata darah menangis. 

Sebab kalau tak berkesan, tak boleh bagi dekat orang noh. Nanti tipu. So semua clinical phase tu rugi ke? Hurm taklah rugi hajjah ye. Kami start balik from scratch. Cari apa kurang. Apa lebih. Sampailah terbukti keberkesanan barulah kami pi bagi dekat orang ramai. Bertahun-tahun kak oi. Peluh kaler hijau muntah kaler oren air mata kaler pink pun belum tentu habis kak oi. 

Sekarang hajjah dan abang kakak faham betapa susahnya kami nak bagi ubat dekat orang? Sebab itulah, kami melatah bila abang kakak hajjah haji dato datin datun claim ubat ampa boleh rawat kencing manis, darah tinggi, gout, jerawat, resdung sekali harung sekali minum. Oih hebat betoi. Ubat kami ni punyalah susah kami nak lepas nak bagi dekat orang. Rupa-rupanya ada ubat ampa lagi ‘hebat’ noh!


Kalau Hajjah ke abang kakak nak claim ke overclaim ke overtime ke buatlah. But. ok lets be serious now. But show us the evidences. Give us the clinical evidences. The trials. The risks. The side effects. The minor side effects. The major side effects. Give  us the percentage of each one occurring. And what should you do if the side effects happen? When to stop? When to stop and start again? When to continue? 

Not by saying “I don’t know. Go to hospital.” 

If you cant, then don’t overclaim. Helping is a good thing. But helping by lying is a different thing. Its wrong. Niat tidak menghalalkan cara ye. 

Setiap orang dekat dunia ni Allah bagi kelebihan masing-masing. Kepakaran masing-masing. Kepakaran kami adalah bahagian kesihatan. So let us do our job. And we let you do yours ok?

Yang benar,

Dr Wan Syazween Lyana Wan Ahmad Kammal
Pakar Perubatan Klinikal Dermatologi, 
Pensyarah Perubatan, 

Dan paling penting..hamba Allah yang bertanggungjawab. 

Ps : Ni sis tak tulis lagi camna nak jadi pakar dalam bidang doktor ni. Kalau tengok bos-bos sis punya liku-liku hidup nak jadi pakar ni, sis rasa hajjah dan abang kakak boleh tolong pengsan sekali kot. Sis pun dah nak pengsan dah nih.

Sumber: Aween Lia-Na

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.