'Dahlah miskin, pastu judge orang' - Niat nak kongsi pengalaman blind date, sekali kena kecam netizen



"Jangan date dengan orang yang pakai filter kaw-kaw," demikian kata seorang pengguna Twitter yang berkongsi pengalamannya blind date dengan seorang perempuan yang dikenali melalui media sosial. 

Namun dia tidak menyangka, perkongsiannya itu dikecam netizen yang mendakwa dia cuba memalukan perempuan itu hanya kerana wajahnya tidak menepati cita rasanya. 

Apa ceritanya? Baca di bawah ini:-


AKU pernah nak dating dengan seorang perempuan ni. Semangat kau tau sebab first time date kan dan tempat yang kitorang nak date tu Starbucks tau. 

"Masa itu pula aku memang tak tahu harga air Starbucks macam mana. So aku okey je lah sebab dia yang ajak kan, sebab perempuan tak pernah kalah. 

Siap-siap semua, aku pun tunggu bas sebab masa tu aku tak ada transport lagi. Semangat dah ni dengan minyak wanginya.

Sampai kat tempat tu, basically tempat tu mall tau, dan Starbucks tu dalam mall. Aku pun carilah dia. Dekat 2-3 kali jugalah aku pusing cari punya cari tak jumpa. Aku pun okey, tak apalah. Beli air dulu. 

Time beratur beli air, aku terkejut beruk s**lm air harga RM16 and above. Kau expect apa s**l? Dahlah masa tu aku bawa RM20 je hanat. Lama juga aku kat depan cashier tu, fikir nak beli air apa and aku ni bukan jenis minum coffee. So aku pun orderlah java chip. 

Dah habis bayar semua, tengok balik dalam wallet, bolehlah ada baki RM3.40. Aku positif teruk. Sumpah positif another level punya bangsa, tak tipu. 

"Takpelah, untuk hari ni je, takkan tak boleh?" kata aku dalam hati. 

So time tengah tunggu barista siapkan air, aku chatlah dengan si dia, tanya dia di mana. Dia cakap dia dah kat dalam Starbucks dekat 40 minit. 

Aku terkejut ah sebab tadi dah pusing cari dia tak jumpa, tiba-tiba dia cakap dia dah ada kat sana lama. so aku pun, okey tak apalah tunggu air siap. Siap je barista habis tulis nama aku kat cawan, aku call tanya dia kat mana semua. Semangat bhai aku cari orang yang tengah pegang phone. Tak jumpa juga. Aku cari lagi. Cari punya cari, babi, rupanya aku dah lalu depan dia dekat 4 kali s**l. 

Dia malu nak tegur aku. Time aku tengah call dah dekat dengan dia barulah dia panggil. Sumpah aku cakap muka dia dengan DP WhatsApp dia, sumpah tak sama anjir. 

Aku dah habiskan RM20, dah siap paras-paras, naik bas lagi belakang muka kau dengan DP kau lain, memang ey. Nasib s**l time tu kau pakai make up. Kalau tak, aku lalu depan kau hye hye bye bye je yall. 

Aku pun duduk, tenangkan fikiran jap sambil berpura-pura seronok depan dia. Hampa do. Aku bukan nak kutuk dia ke apa, tapi dia dah menipu aku s**l. Allah murka tau orang yang menipu ni, yang pasal dating tu haram juga. Hahahaha! Tapi itulah. 

So conclusion dia nak pakai filter boleh tapi jangan paras sangat. Setakat filter IG tu tak kisah sangat. Ni filter kamera makcik-makcik, camera 360 punya.

Bagi yang nak memilih tu make sure muka dia bukan jenis muka yang pakai camera Oppo. Ceh, takdelah, tapi celiklah mata tu, tanya diri betul-betul sure ke dia ni macam ni bila jumpa. Takut menyesal di lain hari je. 

So itu sajalah, have a nice day. Love u all mwah! mwah! 

REAKSI NETIZEN?





Sumber: Twitter

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.