Budak 2 tahun keluar rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya ditemui lemas



Seorang kanak-kanak lelaki yang tidak diketahui identitinya ditemui orang awam di Sungai Chemor pada petang semalam. 

Mangsa yang ditemui dalam keadaan kritikal dibawa ke Hospital Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia. 

Menurut beberapa sumber, mangsa merupakan anak kepada pasangan warga Myanmar yang bekerja di Chemor. 

Mangsa berusia dua tahun itu dikatakan keluar dari rumah tanpa disedari oleh ibu bapanya sebelum terjatuh ke dalam sungai. 


Ibu bapa yang mempunyai anak kecil dinasihatkan sentiasa memastikan anak-anak tidak keluar dari rumah dan pastikan segala pintu keluar sentiasa ditutup bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.