'Abang sentiasa ada untuk sayang...' - Baru 15 bulan berkahwin, isteri meninggal dunia kerana kanser ovari



Ahad lalu, seorang pengguna Twitter memuat naik gambar dirinya bersama isteri dengan kapsyen "From this to this" yang menunjukkan gambar perkahwinan mereka dan gambar isterinya telah kembali ke rahmatullah. 

Gambar itu mengundang rasa sebak netizen dan ramai yang bersimpati serta mendoakan yang baik-baik buat Khairul Azwan Razali, 24. 

Berkata kepada Harian Metro, Khairul menceritakan hubungan dia dengan arwah Nur Syamini Alya Mazlan, 24, bermula sewaktu menunaikan umrah tiga tahun lalu dan berakhir di jinjang pelamin. 

Namun, hubungan mereka hanya bertahan selama 15 bulan apabila Nur Syamini Alya meninggal dunia akibat kanser ovari. 


Menurut Khairul, sudah tiga tahun isterinya bertarung dengan kanser itu dan mendapatkan rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya.

"Kami mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2018 dan arwah meninggal pada 13 Ogos 2019. Terlalu singkat pertemuan kami dan ketika itu, kami baru merasai kebahagiaan sejak bersua muka di Kota Suci. 

"Arwah dimasukkan ke IKN pada 13 Julai dan sebulan selepas itu dia meninggal dunia. Malah sepanjang hayatnya, arwah pernah berpesan supaya menjaga keluarga jika umurnya tidak panjang," katanya. 

Dalam perkongsian di Twitter itu, Khairul juga memuat naik pesanan terakhir isteirnya.

"Bila sayang xdok dah, abang tolong jaga umi abah dan adik adik kita neh" - Nur Syamini Alya

"Abang akan jaga mereka macam mana abang jaga diri abang. Sayang berehatlah dengan tenang dan bahagia. Nanti abang datang, sayang jemput kan neh," tulis Khairul. 


Walaupun sudah setahun berlalu, Khairul masih merasai arwah isterinya ada berada di sisi terutamanya apabila berniaga di gerainya. 



Netizen tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada Khairul, tidak kurang juga yang mengucapkan takziah dan menangis kerana sedih. 


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.