Warga emas sumbat 28 bebola magnet dalam alat sulit, tersangkut



Seorang lelaki warga emas berusia 58 tahun di China mengalami kesukaran untuk membuang air kecil selepas memasukkan 28 bebola magnet ke dalam alat sulitnya.

Lelaki itu memberitahu doktor, dia tidak ingat bila dia memasukan objek itu tetapi percaya ia dilakukan ketika dia sedang bermimpi pada Sabtu lalu. 

Pada awalnya, warga emas berkenaan enggan mendapatkan bantuan dan menyangka dapat mengatasi masalah itu sendirian. 

Namun, keadaan menjadi buruk apabila dia mengalami kesukaran untuk membuang air kecil lalu datang ke hospital untuk mendapatkan bantuan. 

Dr Yin Chuanmin dari Hospital Daxing berkata, pesakit pada awalnya hanya memaklumkan dia memasukkan satu bebola magnet dalam alat sulitnya. Tetapi selepas menjalani x-ray, terdapat banyak bebola magnet dikesan tersangkut dalam organnya itu. 

Imej x-ray menunjukkan kesemua bebola magnet itu bercantum menjadi satu ketulan yang besar.



Pakar bedah terpaksa mengeluarkan bebola magnet berwarna warni itu melalui pembedahan mikro dan mengeluarkannya menggunakan gegelang magnet. 

Warga emas berkenaan dilaporkan stabil dan doktor menasihatkan orang ramai tidak memasukkan bendasing ke dalam alat sulit kerana ia boleh menyebabkan jangkitan. 


Sumber: Daily Mail

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.