(Video) Peragut menyamar jadi Rider Food Panda meragut di Mont Kiara



"Badan sihat elok nak juga buat kerja haram. Esok tuhan ambil dua-dua kaki baru tau," demikian reaksi netizen mengenai video seorang penunggang motosikal cuba meragut beg tangan mangsanya. 

Dalam kejadian yang berlaku pada hari ini di Mont Kiara, Kuala Lumpur, klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek yang menunggang motosikal seperti penghantar makanan berhenti di tempat kejadian. 

Kebetulan pada waktu itu, seorang wanita yang sedang leka bertelefon melalui kawasan itu sebelum suspek menghampiri dan terus menyambar beg tangannya. 

Bagaimanapun, tindakannya itu gagal kerana beg itu dipegang kuat oleh wanita berkenaan. 

Menurut sumber, suspek dipercayai menyamar sebagai pekerja penghantar makanan Food Panda dan beg yang digunakan itu juga merupakan beg curi. 


Suspek dikatakan giat melakukan jenayah samun di kawasan Hartamas, Mont Kiara dan Segambut. 


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.