'Staff call ketua kampung, maklumkan kakak saya hamil anak luar nikah' - Keluarga terpaksa tanggung malu, walhal anak mereka mangsa rogol



Sedaya upaya keluarga cuba menyembunyikan tragedi hitam yang menimpa anak perempuan mereka dari pengetahuan umum. Namun hanya disebabkan tindakan tidak profesional seorang kakitangan klinik ini, habis segalanya terbongkar. Malah, turut menjejaskan imej kakitangan lain.

Bagaimanapun, perkongsian oleh aktivis sosial ini hanya sekadar untuk berkongsi pengajaran. Jangan kerana disebabkan seorang kakitangan buat silap, habis semua kakitangan dilabelkan sama. 

*Dalam perkongsian ini, tidak dinyatakan jawatan kakitangan terbabit.

AMPUN maaf atas perkongsian ini. Tetapi ini merupakan perkongsian yang boleh kita sama-sama ambil iktibar. 

"Hi Syed. Cuma nak share pengalaman tentang staff klinik yang tidak sensitif untuk menutup aib mangsa rogol. You can share it. 

"Kakak saya dirogol dan hamil. Kami sekeluarga sedaya upaya menyorokkan perihal kehamilan kakak dari orang ramai kerana ingin menjaga aib kakak. Kakak tidak bersalah. 

"Malangnya, pada hari kakak melahirkan bayinya, seorang staff klinik telah menelefon rumah ketua kampung kami memaklumkan kakak saya melahirkan bayi luar nikah. Walhal kakak cumalah mangsa rogol. 

"Kami sekeluarga menanggung malu di atas perbuatan staff klinik berkenaan dan diumpat masyarakat kampung. Kami merasa sangat kecewa dengan tindakan staff klinik berkenaan. 

"Memandangkan tiada keperluan untuk DIA maklumkan hal demikian kepada ketua kampung. Kami sekeluarga maklum tentang kehamilan kakak dan tidak pernah meminggirkan kakak. Jadi, kami tak nampak mana rasionalnya untuk staff berkenaan hubungi ketua kampung. 

"Saya mohon perkara sebegini tidak terjadi pada orang lain. Jika kita menutup aib saudara kita, Allah turut menutup aib kita. Wallahu'alam'. 

"Saya pasti ia bukan salah polisi hospital tetapi staff yang tidak beretika. Harapan kita, tiada lagi insan sebegitu di keliling kita. By the way, mak saya nurse PPPUM dulu." 


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.