'Semoga kelak kita bisa bertemu di syurgaNya' - Pengantin perempuan meninggal dunia akibat keletihan



Seorang wanita yang baru seminggu mendirikan rumah tangga meninggal dunia ketika sedang bersanding.

Ardiwansyah Tato dan Nurmadina bernikah pada 17 Oktober lalu dalam majlis pernikahan yang diadakan di Kampung Kayuangin, Sulawesi Barat, Indonesia.

Namun, ketika pasangan itu sedang bersanding dalam majlis resepsi, Nurmadina yang memakai busana berwarna merah secara tiba-tiba pengsan membuatkan ahli keluarga dan tetamu panik. 



Difahamkan, Nurmadina pengsan akibat keletihan ekoran terlalu sibuk menguruskan majlis pernikahannya. 

Mangsa dibawa ke hospital dan koma selama seminggu sebelum disahkan meninggal dunia pada 24 Oktober lalu. 

Menurut laporan perubatan, tahap kesihatan Nurmadina tidak stabil dan kerap jatuh sakit. 

Berita mengenai Nurmadina turut tersebar di media sosial dan rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap pasangan itu. 


Ketika dikebumikan, ramai ahli keluarga dan kenalan rapat datang dan suasana di majlis pengebumian itu penuh sayu dan pilu, terutamanya Ardiwansyah Tato yang sangat terasa akan kehilangan Nurmadina yang baru saja sah menjadi isterinya. 




"Sesaat namun begitu indah. Selamat jalan istriku tercinta. Semoga kelak nanti kita bisa bertemu di syurgaNya." tulis Ardiwansyah Tato di Facebook. 


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.