Sakit telinga luar biasa, rupa-rupanya lipas beranak pinak dalam telinga



Doktor terkejut apabila mendapati lipas membiak di dalam telinga seorang pesakit lelaki. 

Lelaki berusia 24 tahun itu yang dikenali sebagai Lv terdahulu mengadu mengalami sakit kepala dan datang ke Hospital Sanhe di Huiyang, China untuk mendapatkan bantuan. 

Lv berkata, telinga kanannya terasa sakit dan menyucuk ketika tidur dan apabila ahli keluarganya menyuluh lampu ke dalam lubang telinga mendapati ada seekor lipas besar di dalamnya. 

Pakar ENT, Zhong Yijin berkata, "Dia mengadu telinganya terasa sakit luar biasa, seperti ada sesuatu yang mencakar atau merayap di dalamnya sehingga menimbulkan rasa kurang selesa. 

"Saya mendapati lebih dari 10 ekor anak lipas di dalam telinga pesakit," katanya. 

Doktor Zhong mengeluarkan anak lipas itu satu persatu menggunakan penyepit, sebelum mengeluarkan induknya. 

Menurut pihak hospital, Lv mengalami kecederaan ringan di telinga kanan dan diberi ubat sebelum dibenarkan pulang pada hari yang sama. 

Difahamkan, Lv mempunyai tabiat meninggalkan makanan yang tidak dihabiskan berdekatan katilnya yang mengundang serangga seperti lipas.

Sumber: Mirror

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.