'Makanan basi, najis, air kencing mengalir di lantai' - Dressar kongsi kisah warga emas diabaikan keluarga



Di kala usia sudah menjengah usia emas, segala benda yang dilakukan sudah tidak berdaya, dan hanya mengharapkan belas ihsan anak-anak atau saudara mara. Jika ada yang menghulurkan bantuan, bebanan dapat dikurangkan dengan kudrat yang tidak seberapa.

Ditinggalkan dalam keadaan yang tidak terurus, begitu nasib yang menimpa seorang warga emas. Mujur dua orang penolong pegawai perubatan segera bertindak meninjau keadaan lelaki warga emas itu setelah diberitahu oleh seseorang.

CERITA yang sebenar. Ada orang datang klinik beritahu ada pesakit tak boleh bangun. Saya dan partner ma chu naik motor pergi meninjau ke rumah pesakit. 

Bila sampai, pesakit warga emas tinggal seorang diri dalam keadaan yang teruk dan kurus. Makanan basi, najis, air kencing bertaburan dan mengalir di sekitar lantai serta berbau sangat syahdu. Tu yang di lantai ada la kekuningan bertakung dalam seluar. Boleh tak boleh kena beraksi. Nak terus naik ambulan nanti kena cuci dalam ambulan. 

Jadi balik klinik dulu pakai PPE bawa sabun semua. Shower time mandikan wangi-wangi gosok sana sini, seluk apa yang patut dah selesai baru minta ambulan ambil. Segar muka uncle kena air. Kami ingat uncle ni tiada saudara-mara. 

Rupanya tengah-tengah mandi, datang anak saudara dia. Dia datang pun sebab ada orang cakap, ada orang nak meracun depan rumah pakcik dia. Sangat kesian begitu sekali warga emas dibiarkan. Kehidupan ini berkarma satu hari kita akan tua dan bagaimana pula nasib kita nanti #pppinaction

Sumber: Khairul Afiq

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.