'Bila buka penutup mata, alamak! Mertua, adik² ipar, jiran semua duduk keliling meja' - Kisah telur rebus buat netizen geli hati



Aku baru berkahwin dan duduk dengan bini aku berdua. Aku ada tabiat suka makan telur rebus, tak tahulah kenapa, sedap agaknya. Namun semenjak kahwin, tabiat itu kurang sikit sebab bini aku masak sedap-sedap. Tapi dah lama juga aku tak pekena telur rebus ni. 

So ceritanya bulan lepas masa nak balik dari kerja, kereta pula rosak. Aku call bini dan cakap aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab dah lapar sangat, aku singgah di kedai makan. Ada telur rebus! Apa lagi! Aku makan nasi dengan telur rebus. Siap order lagi wat ratah. 

Sebelum balik, aku bungkus pula untuk buat makan sambil berjalan balik. Kenyang yang amat. Maklumlah balas dendam sebab dah lama tak makan. 

Buka je pintu rumah, bini aku kata, "Abang, ada surprise," sambil sengih-sengih dia tutup mata aku dan ikat dengan kain hitam, dipimpin ke meja makan. Aku pun duduk, dia siap pesan jangan try-try nak buka ikatan. 

Aku nak pergi ke toilet sebab perut start buat hal. Tapi malas nak spoilkan 'surprise' bini. Maka aku pun tahan je la dulu. 

Tiba-tiba telefon bini aku berbunyi, dia angkat dan pergi jauh dari meja. Aku agak sampai ke dapur dia pergi. 

Peluang ni, aku pun kentut sebab dah dari tadi aku tahan. Bau boleh tahan sebab makan banyak telur. Okey, lagi sekali. Aku pun angkat sebelah punggung dan lepas lagi satu das! 

"PRRRUUUUTTT!"

Bau memang hangit, aku sendiri pun tak tahan. Lama pula bini aku ni. Aku sebenarnya nak tahu surpise dia. Aku rasa nak terkentut lagi, aku bangun tonggeng dan...

"PRRROOTTTT!" 

Fuh lega! Bagu macam bangkai. Dekat 2-3 minit baru bau hilang. Pastu bini aku datang dan minta maaf sebab lambat. Dia pun jerit, 

"SURPRISE!!! HAPPY BIRTHDAY ABANG!!" 

Lupa pula hari ini birthday aku. Dia suruh aku buka kain penutup mata. Aku buka, mulut aku terus melopong. 

ALAMAK! Aku tengok merah padam muka bapa dan mak mertua aku, adik-adik ipar duduk keliling meja makan. Boss dan jiran sebelah rumah aku pun ada?! 

Aku nak cover malu, aku pun tanyalah bapa mertua, "Dah lama ke bapak sampai?" 

Selamba bapa mertua jawab, "Dah lama, sebelum kentut pertama lagi!" 


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.