Bayi hidap Pneumonia ditembak mati dengan BB Gun, mak bapak tuduh anak 3 tahun yang lakukan



Pasangan muda di Fukuoka, Jepun, ditahan kerana menggunakan Ball Bearing Gun (BB Gun) menembak anak mereka berusia satu tahun yang maut selepas mengalami pendarahan berterusan dan beberapa kesan lebam. 

Menurut Oriental Daily, mangsa meninggal dunia selepas diselamatkan dari kekejaman ibu bapanya. 

Selepas didapati bersalah kerana menembak mangsa tanpa belas kasihan, pasangan itu enggan bertanggungjawab di atas tindakan mereka dan mendakwa anak mereka yang berusia tiga tahun yang melakukan jenayah itu. 

Bagaimanapun. polis mendedahkan kenyataan pasangan itu tidak boleh dipercayai dan mereka ditahan semalam, 6 November. 

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan serta disahkan menghidap penyakit pneumonia sejak Disember lalu.

Selepas insiden itu, ibu mangsa berkata jantung dan paru-paru anaknya tidak berfungsi kerana penyakitnya itu dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Malangnya, mangsa meninggal dunia selepas menjalani pembedahan. 

Punca kematian adalah disebabkan pneumonia. Kakitangan hospital tidak membantu tetapi menyedari banyak kesan peluru BB gun di seluruh badan mangsa. 

Ketika disoal siasat, pasangan itu menafikan dakwaan mendera mangsa. Bapa mangsa berkata, "Anak kami yang berusia tiga tahun bermain dengan pistol itu." 

Tetapi apabila polis menggeledah kediaman pasangan itu, mereka gagal menemui senjata yang dimaksudkan itu. Malah mereka menemui beberapa senjata lain (air gun) yang disimpan dalam rumah. Juga adalah tidak masukal senjata-senjata itu dikendalikan oleh kanak-kanak berusia tiga tahun. 

Difahamkan, itu bukan kali pertama pasangan itu didakwa mendera anak-anak mereka sendiri. 

Januari tahun lalu, Jabatan Kebajikan Kanak-Kanak mendapati wajah anak sulung pasangan itu bengkak. Ketika kakitangan datang melawat keluarga itu, si ibu memaklumkan mangsa yang berusia tiga tahun itu terlanggar dinding ketika bermain. 

Oleh kerana ketiadaan bukti berlakunya penderaan, pihak jabatan membenarkan kanak-kanak itu terus dijaga oleh pasangan itu. 


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.