Aliff Aziz ditahan polis kerana mabuk, mengganggu ketenteraman awam



Semalam viral di media sosial video menunjukkan seorang pelakon lelaki ditahan Polis Singapura, mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Aliff Aziz, 28, yang banyak terlibat dengan kontroversi sehingga rumah tangganya sendiri musnah, ditangkap kerana didakwa mabuk dan bergaduh dengan seorang lelaki dalam kejadian jam 6.40 pagi Ahad di kawasan Orchard Road. 

Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan penangkapan itu dan ketika ditahan, nafas Aliff berbau arak dan enggan memberikan kerjasama sehingga polis terpaksa bergelut menahannya. 

Aliff ditahan di bawah Seksyen 14(2)(b) Akta Kawalan Arak. 

Dalam video viral itu juga, Aliff sempat menghubungi bapanya dan mendakwa dia dipukul.


Sumber: Harian Metro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.