(Video) 'Haa lumba lagi, pastu nak motong tak reti bajet space!' - Netizen kecam pemandu Myvi pandu melulu sehingga menyebabkan kemalangan



Viral di media sosial klip video dashcam yang menunjukkan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu dengan laju sehingga terbabit dalam kemalangan. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5.58 petang Khamis (2 Oktober 2019) di Lebuhraya Kesas, tiga buah kenderaan terbabit dalam kemalangan tersebut. 

Berdasarkan video dashcam tersebut, kereta Myvi berwarna biru itu dipandu dengan laju di lorong kiri dipercayai berlumba dengan sebuah lagi kereta di belakangnya, sedangkan hadlaju di lebuhraya itu adalah 90/kmj. 

Namun kegagalan pemandu Myvi untuk menganggarkan jarak selamat untuk memotong sebuah lagi Perodua Myvi berwarna hitam menyebabkan berlakunya pergeselan lalu menyebabkan Myvi biru itu hilang kawalan. 

Akibatnya, sebuah lagi kereta Honda City model 2005 dirempuh di bahagian kanan sebelum Myvi tersebut berpusing beberapa kali dan tersadai di bahu jalan. 


Kemalangan itu menyebabkan bahagian depan kiri Myvi biru itu remuk teruk, tayar tercabut dan perlahan-lahan menggelongsor ke bahu jalan mengikut tuannya. Manakala dua lagi kereta yang tidak bersalah itu rosak remuk di bahagian kanan. 




Difahamkan, tiada mangsa yang cedera dalam kejadian itu. Namun netizen mengecam tindakan pemandu Myvi biru yang memandu melebihi hadlaju yang ditetapkan. 


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.