'Terima kasih buat photographer yang sudi tolong snap gambar ni, 'berguna' sangat' - Tetamu sindir photog, sedangkan...



Sudah menjadi kebiasaan apabila jurugambar majlis perkahwinan berdepan dengan karenah tetamu yang meminta mereka membantu merakam gambar kenangan bersama pengantin baru. 

Tetapi seperti biasa, hendaklah beradab apabila meminta bantuan orang. Tidak seperti individu ini yang secara terbuka menyindir jurugambar yang telah membantunya. 

"Terima kasih buat photographer yang sudi 'tolong' snapkan gambar ni. 'Berguna' sangat untuk aku post. Nak marah pun tak boleh sebab kita yang minta tolong.

"Simpan dan share je la kat sini kot-kot photographer yang snapkan gambar ni baca. Aku just nak ucap terima kasih jerrrr.." tulis individu berkenaan tanpa diketahui identitinya. 

Perkara itu mendapat perhatian dari netizen yang kesal dengan sikap individu berkenaan. 

"Tetamu suruh photog ambilkan gambar guna phone. Bila buruk, viral kutuk ramai-ramai. 

"Sudahlah kena pegang sampai 5-6 telefon suruh ambil gambar. Guna iPhone model lama, backlighting cerah, dynamic range teruk, memang takkan dapat gambar baik. 

"Nasihat kepada bakal-bakal pengantin, kalau dah expect ramai kawan-kawan datang:
  1. Hirelah second photographer.
  2. Bagi yang bridesmaid ramai tu, assign bergilir-gilir jadi tukang ambil gambar tetamu. Itu kan tugas mereka melancarkan majlis. Bukannya asyik selfie je. 
  3. Kalau satu group itu ada 8-10 orang, bagi satu telefon cukuplah. Ini sampai 7-8 phone bagi kat photographer. Tak pernah share gambar ke? 

Sebab itu dah ada photographer buat polisi takkan ambil gambar untuk tetamu. Nak elak situasi macam ni. Tapi nampak sombonglah pula. 


Sumber: Faisal Rahim

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.