Temui ular tedung dalam celah bungkusan lampin anak



Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 1.55 petang Selasa lalu mengenai penemuan seekor ular tedung di kediaman pengadu. 

Seramai empat anggota APM dikerahkan ke rumah pengadu di Jalan Bunga Raya, Kampung Pinang Sungai Burong dan apabila tiba di lokasi, mereka menemui reptilia itu bersembunyi di celah bungkusan lampin pakai buang di bawah katil. 

Menurut pengadu, ular tersebut pada awalnya ditemui berada dalam bilik tidur anaknya sebelum segera menghubungi APM untuk meminta bantuan. 

Hasil bantuan dari anggota APM berjaya menangkap ular sepanjang 0.30 meter dan berat 100 gram itu dengan menggunakan penyepit. 

Sumber: Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.