Suami cukur kepala isteri kerana bengang temui rambut mangsa dalam hidangan breakfast



Seorang lelaki di Bangladesh yang mencukur kepala isterinya secara paksa kerana berang selepas menemui rambut mangsa di dalam hidangan sarapan pagi, telah ditahan polis. 

Polis menyerbu kediaman lelaki itu di Joypurhat, Dhaka dan menahan Bablu Mondal, 35, selepas penduduk kampung memaklumkan kejadian itu kepada polis. 

"Dia menemui rambut dalam hidangan yang disediakan oleh isterinya menyebabkan suspek berang dan memarahi mangsa. 

"Suspek kemudian mengambil pisau dan mencukur kepala isterinya," katanya. 

Bablu didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa dan jika disabitkan kesalahan, Bablu boleh dipenjara 14 tahun. 

Menurut aktivis, kejadian itu menunjukkan kes penindasan terhadap golongan wanita semakin meningkat, walaupun undang-undang melindungi mereka dari penderaan dan serangan seksual. 


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.