'Saya GENG 24!' - Datuk mengaku ahli kongsi gelap ditahan polis



Seorang lelaki bergelar 'Datuk' ditahan selepas mengaku sebagai ahli kongsi gelap 'Kumpulan 24' di Kulai, Johor, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata suspek berusia 52 tahun itu secara terbuka membuat pengakuan yang telah ditularkan melalui sebuah klip video di media sosial.

Beliau berkata dalam video klip itu, suspek turut memaparkan cabaran kepada sesiapa sahaja yang berani menentangnya termasuk di Singapura.

Katanya, pihak mahkamah telah meluluskan tahan reman selama sehari dan suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari ini.


"Suspek juga dikehendaki polis kontinjen Selangor bagi membantu siasatan polis di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Huzir berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.