Ribuan akaun pemain (hackers) PUBG Mobile di banned 10 tahun



Ribuan akaun pemain permainan video PlayerUnknown's Battlegrounds Mobile (PUBGM) telah disekat selama 10 tahun oleh pembangun permainan itu dalam usaha menangani penggodam sejak permainan itu diperkenalkan. 

PUBG merupakan salah satu permainan yang paling digemari sejak diperkenalkan pada tahun 2017 dan telah mengumpul banyak peminatnya. 

Bagaimanapun, seperti mana permainan yang lain, PUBG turut berdepan dengan masalah penggodam yang menggunakan aplikasi pihak ketiga (third party) untuk bermain PUBG dengan cara yang tidak adil sama ada versi komputer mahupun versi smartphone. 

Meskipun usaha menangani pengodam itu dilakukan setiap masa dan banyak akaun pengodam yang telah disekat, namun perkara itu tidak menghalang golongan ini untuk kembali dengan menggunakan akaun baru. 

Bagi menunjukkan usaha pihak PUBG menangani masalah itu, mereka mula berkongsi senarai nama pemain yang telah disekat. 

Dalam tempoh sehari pada bulan Oktober 2019, PUBGM telah melaporkan lebih dari seribu akaun penggodam telah disekat selama 10 tahun kerana menggunakan aplikasi pihak ketiga.

Senarai itu turut mendedahkan sebab-sebab mereka disekat seperti menggunakan auto aiming, modificaton of runtime game data, usage of single point englargement, modification of weapon recoil. 

Sumber: Dexerto

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.