Diskaun insurans (NCD) untuk pemandu berhemah mulai awal tahun depan



Kerajaan bakal memperkenalkan ganjaran diskaun tanpa tuntutan (NCD) insurans kenderaan kepada pengguna jalan raya yang berhemah dan mempunyai rekod bersih dari sebarang kesalahan trafik bermula awal tahun 2020. 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya sedang berbincang bersama pihak industri insurans dan mekanisme mengenainya hampir siap. 

"Memang sudah dibincangkan di Kementerian Pengangkutan bersama pihak industri insurans. Harapan saya supaya dapat dilaksanakan mulai awal tahun depan, jadi saya akan umum hujung tahun ini. 

"Kita memerlukan data Mysikap dan PDRM dalam memastikan pengguna tidak ada saman dalam tempoh setahun bagi mendapatkan diskaun tambahan ini," katanya. 

Menurut Siew Fook, perlaksanaan ganjaran itu bukan saja dapat mengurangkan statistik kesalahan, tetapi juga dapat mengurangkan kos sara hidup dihadapi pengguna yang layak mendapat diskaun tersebut. 

Sumber: Harian Metro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.