'Datang hospital tak nak mengaku pernah suntik payudara, mau pecah implan ditekan mesin mammo'



Wanita tidak lari dari kecantikan. Ada sesetengah wanita yang terlalu obses dengan kecantikan sanggup melakukan apa sahaja untuk tampil cantik. Lantaran itu, pelbagai produk yang dipasarkan menjadi sasaran mereka tanpa memikirkan kesan sampingan di sebaliknya. 

Kebanyakan wanita ramai di antaranya mengambil suntikan. Bukan sahaja suntikan pada wajah, malahan ada yang sanggup menyuntik payudara. Seperti yang dikongsikan, ada sesetengahnya tidak mengaku mengambil suntikan itu sehinggalah ujian momogram dilakukan. Perbezaanya amat ketara bagi yang mengambil suntikan dan tidak pernah mengambil suntikan.

LADIES, please ya. Memanglah sekarang banyak pusat kecantikan tawarkan macam-macam jenis rawatan nak bagi ladies-ladies semua cantik. Salah satu yang bertambah ramai kami jumpa ladies-ladies  yang besarkan atau tegangkan payudara. 

Di Malaysia ni paling biasa kaedah yang digunakan adalah suntikan pada payudara. Macam-macam fillers boleh disuntik, paling popular kolagen dan silikon. Prosedur ini sudah lama dibuat di negara barat. Tetapi kebanyakan negara maju mengharamkan prosedur ni sejak tahun 1960-an lagi kerana banyak mendatangkan kesan sampingan. Namun di Malaysia ia masih popular kerana harganya yang murah dibandingkan kalau nak buat pembedahan masukkan implan silikon.

Yang menjadi masalahnya ialah apabila ladies-ladies ini datang ke hospital dan tak mahu mengaku pernah membuat prosedur ini. Mesin-mesin hospital zaman sekarang pula kebanyakannya automated set up. Apabila machine alertkan tak boleh proceed pun tak nak mengaku lagi. 

Di hospital ini ada staff baru dan staff lama. Yang baru-baru ini memang lurus, cubalah juga begitu begini tetap tak boleh. Mesin tetap keluarkan alert error, ada benda tak normal. Call lagi application specialist kot-kot ada masalah pada masin. Akhirnya staff senior terpaksa ambil alih, guna cara manual. Bila dah dapat gambar, sah-sah pernah buat prosedur. 

Menyusahkan tau, lama pesakit lain terpaksa tunggu nak settlekan benda-benda macam ni. Padahal kalau awal-awal cakap senang kerja kami. Kalaulah tahun-tahun mendatang, bertambah kaya, mampu pula nak buat silikon implan, tapi tetap datang dengan mentaliti sama, bahayalah macam ni. Mahu pecah implan itu ditekan mesin mammo, sebab mereka tak nak mengaku dan tak ambil tahu pentingnya untuk reveal maklumat ini, masih nak sorok. 

Kami nak tahu bukan sebab saja-saja nak menyibuk, tetapi sebab kami kena buat pemeriksaan dengan kaedah berbeza. Please ye.


Dari segi kesan pada pemeriksaan mammogram, lihat gambar pesakit A, tak pernah ambik apa-apa suntikan, kecil saja biji kat payudara (anak panah) dah boleh nampak. Ketulan ini kurang dari 1 sentimeter, memang pemeriksaan payudara tak dapat nak rasa pun biji. Tapi mammogram boleh tunjukkan. 


Pesakit B pula, pernah ambik suntikan, yang bertompok-tompok putih tu kesan mengeras dari suntikan. Kalau ada biji kanser di celah-celah itu pun susah nak nampak. Aduhai, berpinar mata doktor. Ada lagi kesan lain. Next time cerita lagi. Apa-apa pun, please. Jangan sorok-sorok.


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.