Berang bil perubatan terlalu mahal, pemilik cuba hempas anjingnya sampai mati



Membela haiwan peliharaan memerlukan tanggungjawab yang besar di mana anda perlu menyediakan makanan, keperluan yang lain termasuk perubatan sekiranya haiwan itu jatuh sakit. 

Kesemua itu memerlukan kos dari pemilik bagi memastikan haiwan peliharaan mereka berada dalam keadaan baik dan sihat. 

Tetapi tidak bagi seorang lelaki di China ini. Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki terbabit bersama dengan anak perempuannya membawa anjing peliharaan yang sakit datang ke sebuah klinik veterinar pada jam 6.50 petang 5 Oktober lalu. 

Baru saja kakitangan klinik mahu meletak anjing itu ke dalam sangkar, tiba-tiba lelaki itu merampas dan menghentak anjing itu ke lantai dengan kuat. 


Kakitangan klinik dan kanak-kanak perempuan itu terkejut dengan tindakan bapanya lalu cuba menghalang dan menendang bapanya dari mendekati anjing itu. 

Menurut kapsyen video tersebut, lelaki itu mahu membunuh anjing hitam itu kerana bil perubatannya terlalu mahal. 

Tidak diketahui apa yang berlaku anjing tersebut dan sama ada lelaki itu dikenakan tindakan atau sebaliknya. 


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.