Adik tikam kakak sampai mati kerana tak nak bagi pinjam phone sebelum terjun bunuh diri



28 Oktober lalu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun menikam kakaknya sehingga mati sebelum membunuh dirinya dengan terjun dari bangunan. 

Lapor Oriental Daily, remaja di China itu terdahulu mahu meminjam telefon pintar kakaknya yang berusia 21 tahun itu untuk bermain permainan video, tetapi mangsa tidak memberi keizinan untuk berbuat demikian. 

Berang permintaannya ditolak, suspek terus mengambil pisau dan menikam kakaknya sehingga mati. Kemudian suspek terjun dari tingkap rumah di tingkat 23. 

Ketika kejadian, keluarga mereka berada di rumah. Namun hanya si ibu yang mendengar pergaduhan dua beradik itu, malah menyaksikan suspek menikam mangsa sebelum terjun keluar dari tingkap. 

Si ibu tidak sempat menghalang anak lelakinya berbuat demikian. 

Lebih menyedihkan, sehari sebelum kejadian itu merupakan ulang tahun kelahiran ibu mangsa dan dia tidak menyangka akan kehilangan dua orang anaknya sekali gus. 


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.