'Ada orang ketuk pintu mama...' - Dalam iklan nampak cantik, tapi bila sampai, scary...



Tertarik dengan iklan yang disiarkan di aplikasi Agoda. Namun apabila keluarga ini sampai ke hotel yang ditempah untuk percutian mereka, alangkah terkejut apabila mendapati keadaan hotel itu jauh berbeza dengan yang diiklankan. 

SEMALAM pergi tidur di hotel yang ditempah secara online. Dalam gambar nampak cantik ,tetapi bila sampai sana, rasa pucat muka tengok bangunan. Di waktu malam, terdengar orang menyanyi di bilik air. Sebab mengantuk buat tak cara sangat. 

Masa nak solat subuh, suami kata "Kita nak pindah ke hotel lain tak? Atau nak tinggal di sini lagi?" Hari ni murah je, RM50.00 je. Booking semalam RM141.00, memang tak lah nak duduk kat sini lagi. Perasaan takut bila duduk di sini.


Dah nak pagi baru husband cerita bila dia jenguk ke tingkat bawah, ada ternampak muka orang yang tengah tengok dia. Tapi tak pasti sebab bila tengok kat bawah piring Astro, Mungkin cahaya lampu malap nampak macam muka orang. Saya terus teringat orang menyanyi di bilik air semalam. 

Di waktu petang, suami tinggalkan kitorang. Dia pergi beli makanan lama sangat. Dah dekat maghrib baru dia balik. Call berjuta kali tak dijawab, tetapi suami kata saya call dia dua kali saja. Kita yang tengah takut, takkan nak call dua kali je? Mulalah drama menangis teringat kat husband, takut jadi apa-apa. Takut duduk dengan anak sendirian bila husband tak ada. 


Pastu budak-budak dok buka pintu banyak kali. Dia kata, "Ada orang ketuk mama". Bila diorang buka, tak ada orang. Saya tak dengar pintu diketuk sebab sibuk dok call suami sampai menangis. Silap juga menangis di tempat macam ni. Sudahlah dekat waktu maghrib, sampai lupa nak baca Al-Quran. Patut time macam ni ambil Al-Quran dan baca. Bila suami sampai bilik, barulah kelam kabut nak solat. 


Masa mula-mula sampai sini dah rasa pelik tengok bangunan macam tak ada orang nak duduk. Tetapi bila tengok banyak kereta di kawasan ni, tak nak buat muka sebab tengok anak-anak gembira dan nak jaga hati suami, bimbang dia kecil hati pula. Bilik pun dah bayar online. 

Sebenarnya bila tengok tempat ini dalam iklan di Agoda, cantik. Tetapi bila sampai, terkejut sangat. Di luar jangkaan. Laluan masuk berbau busuk, bau hancing, kotor. Bila pagi, husband tunjuk kat bawah bilik tu ada pokok menjalar. Mana ada orang duduk kat situ. 


Keadaan dalam bilik hotel ni okey, bersih. Cuma di bahagian luar agar menakutkan. Bukan apa, rasa macam tertipu je tengok dalam iklan cantik. Pengalaman kan, nasib baik anak tak kena apa-apa. Tak tahulah kalau ada orang lain pernah kena ke tak di tempat ni. 


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.