'Terketar-ketar tangan tengok duit lesap dalam akaun bank, RM1,000'



Tergerak hati seorang wanita memeriksa baki akaun banknya membawa kepada penemuan yang mengejutkan di mana wang simpanannya 'diambil' oleh tangan ghaib. 

Dalam hari yang sama iaitu 23 September, berlaku banyak transaksi sehingga menyebabkan dia mengalami kerugian RM1,000+. 


"Semalam balik kerja, tergerak hati nak check Maybank2u. Sumpah terkejut tengok merah-merah sebaris Sale Debit. 

"Duk kata aku mimpi ka apa ni tetiba, terus logout balik. Ingatkan Maybank2u hang (tak betul) ka apa. Login balik masih sama wey! Ketar tangan-tangan tengok duit lesap dalam bank. RM1,000 kot. 



"Call hotline Maybank, mereka check kata transaction yang RM8.00 itu ditolak dari Facebook. Yang banyak-banyak pula transaction deduct daripada application 'Dah Makan'. Application yang aku sendiri tak tahu wujud. Allahuakbar, dugaan sungguh. 

"Sesiapa yang ada banyak duit dalam akaun tu, selelaulah check baki di dalam akaun. Beringatlah selalu. Kita duk ingat simpan dalam bank selamat, rupa-rupanya benda nak jadi sekelip mata saja lesap," katanya. 

Tidak diketahui apa tindakan pihak bank. Namun berdasarkan kes-kes sebelum ini, wang yang telah dipotong dari akaun kebiasaannya tidak dapat dituntut semula. 

Orang ramai terutamanya yang menggunakan telefon pintar dinasihatkan berhati-hati dan tidak mengisi sebarang maklumat kad bank anda di dalam aplikasi yang tidak diyakini selamat. Lebih-lebih lagi bagi pengguna platform Android (root) yang berisiko tinggi untuk digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.  


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.