Semua sekolah di Selangor, Pulau Pinang, Putrajaya, Kuala Lumpur TERMASUK TADIKA ditutup 2 hari - Menteri



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan media bahawa semua sekolah di Selangor, Pulau Pinang, Putrajaya dan Kuala Lumpur ditutup selama dua hari berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk. 

Dalam kenyataan itu juga menyatakan pihak KPM melakukan beberapa penambahbaikan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Penutupan Sekolah yang disebabkan oleh jerebu. 

1. Pengumuman penutupan sekolah-sekolah akan disiarkan pada setiap hari selewat-lewatnya jam 6 petang. 

2. Pengetua dan Guru Besar boleh mengumumkan penutupan sekolah sekiranya pada pandangan beliau keadaan jerebu semakin teruk berdasarkan trend bacaan IPU pada hari tersebut dan keputusan tersebut hendaklah dimaklumkan kepada PPD dan Jabatan. 

3. Bagi sekolah diumumkan tutup dan setelah murid-murid berada di sekolah, murid-murid masih boleh berada di sekolah dan PdP akan berjalan seperti biasa sehingga habis waktu persekolahan bagi sesi tersebut kecuali ada permintaan waris untuk membawa anak mereka pulang. 

4. Guru-guru adalah diberi pilihan untuk bekerja dari rumah sekiranya sekolah terlibat dengan pengumuman penutupan. Pengetua dan Guru Besar hendaklah memastikan perkara ini dibuat mengambilkira kebajikan semua. 

5. Semua sekolah di Selangor, Pulau Pinang, WP Putrajaya dan WP Kuala Lumpur, semua sekolah termasuk tadik a akan ditutup selama dua hari bermula esok, 19 September 2019. 

6. Semua sekolah yang terlibat tidak perlu diganti kerana dikategorikan sebagai cuti bencana. 

7.  Murid-murid dan para guru adalah diingatkan untuk sentiasa mengutamakan kesihatan, minum air secukupnya dan kurangkan aktiviti di luar. 



Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.