Ribuan pelajar bantah Indonesia haramkan hubungan seks luar nikah



Susulan laporan berita Kerajaan Indonesia bakal mengharamkan hubungan seks luar nikah dan menjadikan ia sebagai satu kesalahan jenayah, ribuan pelajar membuat bantahan di seluruh negara. 

Bantahan itu tercetus ketika ahli Parlimen bertemu dengan Presiden Joko Widodo atau Jokowi, bagi membincangkan mengenai rang undang-undang itu. 

Jumaat lalu, Jokowi menundakan pengundian terhadap rang undang-undang itu yang sepatutnya diadakan Selasa ini. Beliau berkata, sebanyak 14 artikel memerlukan semakan lanjut sebelum dibahas pada penggal baru Parlimen bulan depan. 

Sementara itu pengkritik berkata, rang undang-undang itu bukan sahaja melanggar kebebasan bersuara, malah mendiskriminasikan kumpulan minoriti agama, wanita serta golongan LGBT.

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.