Kahwin 2 serentak, pasangan poligami dipanggil menghadap JHEAINS



Susulan viral gambar lelaki kahwin dua gadis pilihannya di media sosial, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) meminta pasangan itu tampil ke pejabat untuk melengkapkan prosedur perkahwinan mereka. 

Pegawai JHEAINS Daerah Semporna, Jamaluddin Dasi berkata, pihaknya bersedia membantu pasangan poligami itu termasuk menyelesaikan isu 'kahwin kampung' sekiranya pengantin terbabit menggunakan jurunikah yang tidak bertauliah semasa proses pernikahan. 

Perkahwinan pasangan poligami itu hanya dianggap sah mengikut undang-undang syariah negeri dan didaftarkan jika mereka menggunakan jurunikah bertauliah yang dilantik oleh JHEAINS, selain mematuhi prosedur ditetapkan termasuk berkaitan permohonan berpoligami. 

Difahamkan, JHEAINS mengetahui perkahwinan itu selepas ia viral di media sosial, lalu membuat keputusan untuk menjalankan siasatan kerana sebelum ini belum pernah ada kes perkahwinan seperti itu dibawa ke pihak JHEAINS. 

JHEAINS juga telah pergi ke kampung pasangan terbabit tetapi penduduk kampung tidak mengetahui mengenai perkara itu. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.