Jerebu: 115 sekolah di Selangor masih ditutup, 25 sekolah di Putrajaya dibuka semula esok



Berikutan kualiti udara yang masih berada di tahap berbahaya dan tidak menyihatkan, sebanyak 115 buah sekolah di Selangor masih ditutup esok yang membabitkan sekolah di daerah Sepang, Kuala Langat, Hulu Langat, Klang dan Sabak Bernam. 

Keputusan itu dibuat oleh Kementerian Pendidikan pada jam 4 petang tadi berdasarkan bacaan IPU terkini. 

Penutupan itu membabitkan 113,699 pelajar dan murid sekolah keseluruhannya. 

Sementara itu, Bacaan IPU di Putrajaya menunjukkan penurunan pada jam 6 petang tadi. 

Susulan itu, sebanyak 25 sekolah di Putrajaya akan kembali beroperasi seperti biasa pada keesokan hari. 

Berdasarkan bacaan dipaparkan laman web http://apims.doe.gov.my, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sehingga jam 7 petang tahap IPU di stesen Putrajaya menunjukkan 179.

Sumber: Harian Metro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.