Budak 5 tahun lebam & cedera di kemaluan akibat didera 'Mummy & Daddy'



Polis menahan seorang wanita bersama teman lelakinya yang didakwa telah mendera anak lelaki di rumah di Jalan Jelutong, Georgetown.

Pada awalnya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Timur Laut menyerbu rumah tersebut untuk menahan teman lelaki ibu mangsa berkait dengan kes dadah, kira-kira jam 12 tengah malam Sabtu lalu.

Namun mereka menyedari mangsa yang berusia lima tahun itu lebam di pipi kiri, kedua-dua tangan, kaki kiri dan cedera di kemaluan.

Siasatan awal mendapati, mangsa memaklumkan dia telah dipukul oleh teman lelaki ibunya termasuk ibunya sendiri tanpa memberitahu punca dia diperlakukan sedemikian. 

Doktor di Hospital Pulau Pinang mengesahkan terdapat kesan lebam di pipi, lengan, kaki dan kecederaan di bahagian kemaluan. Keputusan X-ray tidak menumeui sebarang kesan patah. 

Mangsa masih ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut dan berada dalam pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Pasangan itu masing-masing berusia 28 tahun dan 37 tahun ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Ujian saringan air kencing turut mengesahkan kedua-dua suspek positif methamphetamines. Suspek juga mempunyai 12 rekod jenayah lampau yang membabitkan kes jenayah dan dadah. 

Sumber: Harian Metro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.