'Saya ingatkan dia 22 tahun' - Gamer dipenjara 10 bulan kerana lakukan hubungan intim dengan kekasih berusia 12 tahun



Lelaki dari Shanghai, China, sanggup menempuh perjalanan jauh ke Hong Kong untuk bertemu dengan gadis yang dikenalinya di internet, namun 'gadis' itu rupa-rupanya kanak-kanak berusia 12 tahun. 

Lu Wei, 28, berkenalan dengan 'gadis' itu melalui permainan video online pada tahun 2018. Pada awalnya, dia memberitahu Lu Wei yang dia berusia 22 tahun. 

Percaya dengan kata-kata itu, Lu Wei menjalinkan hubungan dengan 'gadis' berkenaan dan kerap berhubung menerusi aplikasi messenger. 

Disember 2018, Lu Wei mengambil keputusan untuk pergi melawat teman wanitanya itu di Hong Kong. Pasangan itu melakukan hubungan intim di hotel yang didiami oleh Lu Wei. 

'Gadis' itu memberitahu Lu Wei umurnya bukanlah 22 tahun, tetapi 18. Tetapi pada 24 Disember, apabila dia menghantar Lu Wei ke lapangan terbang, 'gadis' itu akhirnya mengakui bahawa umur dirinya yang sebenar adalah 12 tahun. 

Walaupun tiket penerbangan telah dibeli, Lu Wei yang berasa bertanggungjawab memutuskan untuk berada di Hong Kong dan memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. Malah bersedia menerima hukumannya. 

27 Ogos, Lu dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan melakukan hubungan intim dengan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun, di mana kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup. 

Hakim Katherine Lo Kit-yee berkata, dia menerima penyesalan dan penjelasan Lu Wei yang mengatakan kanak-kanak itu kelihatan matang untuk usianya. 

"Defendan boleh mengelakkan diri daripada dikenakan tindakan undang-undang tetapi dia tidak berbuat demikian," katanya sambil menambah bahawa dia percaya tertuduh benar-benar mencintai 'gadis' itu sebelum mengetahui usianya yang sebenar dan tidak pernah mahu mengeksploitasikannya. 

Difahamkan, Lu Wei sebelum ini seringkali ditinggalkan oleh kekasih kerana pendapatannya yang rendah atau waktu bekerjanya terlalu lama. 

Lu Wei berkata, dia mengimpikan hubungan yang stabil dengan 'gadis' itu kerana dia tertarik dengan personalitinya sebelum mengetahui 'gadis' itu berusia 12 tahun. 


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.