'Dia block kereta orang & minta duit, kalau tak bagi, dia follow kereta mangsanya'



Kecoh di Twitter mengenai tindakan seorang wanita yang memandu kereta Perodua Kancil meminta duit dari orang awam dengan alasan dirinya ibu tunggal dan memerlukan wang.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Shah Alam dan ada beberapa individu turut mengesahkan pernah didatangi wanita terbabit.

ASSALAMUALAIKUM. I just wanted to share with you something that happened to me while waiting to fetch my daughter today.

Around 1.30pm, tiba-tiba ada sebuah kereta (Kancil warna putih) block/park betul-betul di sebelah kereta I (opposite guard HSE). Then dia bagi isyarat suruh I buka tingkap kereta.

I tak syak apa-apa terus buka tingkap dan dia terus minta duit. Katanya tak kisah berapa saja yang I ada.

Dia kata dia ibu tunggal tetapi I dapat rasa pandangan dia sangat pelik. I rasa tak sedap hati dan terus tutup tingkap kereta.


Mujur anak perempuan saya dah ada di sebelah dan nak masuk kereta. Tak dapat.. So dia terpaksa alihkan kereta dia. Tetapi my daughter cakap, dia berhentikan keretanya di bus stop depan sana pula.

Bila kereta I jalan, kereta dia terus follow dari belakang. Tetapi nasib baik kereta dia tak lepas semasa di persimpangan lampu isyarat di depan Concorde. Kepada semua, tolong berhati-hati.



  
Sumber: @jailany__

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.