(Video) Budak maut dibaham buaya peliharaan bapanya, hanya tinggal kepala



Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dibaham beberapa ekor buaya selepas mangsa masuk ke dalam kandang haiwan ganas peliharaan bapanya itu. 

Mangsa, Rom Roath Neary, sebelum itu merayau jauh dari ibu bapanya dan memanjat pagar kandang buaya peliharaan keluarganya itu di Siem Reap, Kemboja. 

Selepas mangsa mati, bapanya memanjat masuk ke dalam kandang tersebut untuk mengambil saki baki mayat anaknya, yang menjadi rebutan buaya-buaya tersebut. 


Leftenan Och Sophen berkata, ibu mangsa yang baru saja bersalin tidak mengetahui di mana keberadaan anaknya itu kerana dia sibuk menguruskan anak bongsunya. 

Apabila bapa mangsa pulang ke rumah, dia menyedari Rom hilang dan mula mencarinya sebelum mendapati mangsa telah dibaham oleh buaya. 

"Dia menemui kepalanya di dalam kandang buaya. Dia pasti yang Rom terjatuh dalam kandang buaya itu dan haiwan itu telah membunuhnya," kata Sophen. 


Menurut ibu bapa mangsa, mereka telah membina pagar di sekitar kandang haiwan itu tetapi mengesyaki Rom telah memanjat pagar tersebut. 

Polis kini sedang menjalankan siasatan dan memberi amaran kepada penternak buaya yang lain agar sentiasa mengawasi keberadaan anak-anak mereka. 


Video kejadian yang dirakam oleh saksi turut viral di media sosial yang menunjukkan beberapa ekor buaya berebut mendapatkan kepala mangsa.

Sumber: Daily Mail

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.