Remaja dibunuh adik & teman lelaki gara-gara handphone



Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dibunuh oleh adik perempuan dan teman lelakinya hanya kerana telefon bimbit, sebelum mayat mangsa dibungkus dan diletakkan di belakang sebuah rumah kosong di Taman Glenview, Kamunting. 

Mayat mangsa ditemui oleh orang awam pada jam 12.18 tengah hari, dua hari selepas dilaporkan hilang oleh keluarganya, yang kemudian memaklumkan kepada pihak polis. 

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, siasatan awal mendapati mangsa dibunuh oleh adik perempuan dan teman lelakinya di rumah mangsa.

Susulan penemuan mayat itu, polis telah menahan dua suspek terbabit.

Motif pembunuhan berpunca daripada pergaduhan di antara mangsa dengan teman lelaki adiknya yang mahu mengambil telefon bimbit yang tertinggal di rumah pada 5 Julai lalu. 



Difahamkan sebelum kejadian itu, mangsa yang baru pulang dari sekolah mendapati adik perempuannya membawa rakan-rakan termasuk suspek ke rumah. Kesemua mereka beredar selepas mengetahui mangsa pulang. 

Suspek tertinggal telefon bimbit dan apabila dia cuba menghubungi telefon bimbitnya, panggilan itu dijawab oleh mangsa yang kemudian mencabar suspek datang untuk mendapatkan semula telefon bimbitnya.

Berlaku pergaduhan di antara mereka dan suspek mengelar leher mangsa dan dua pergelangan tangannya dengan pisau sebelum kepala mangsa diserkup dengan plastik untuk membunuhnya. 

Kedua-dua suspek direman selama enam hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Astro Awani

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.